Hashim Derashid - FIREWALL
  FRONT PAGE
  TIPS Komputer
  Perihal Computer
  Virus Virus Komputer
  Masalah & Penyelesaian
  Komen ANDA
  Hubungi SAYA
  Berita/Hiburan
  Freeware Adress
  Edit Fail Regestry
  Perisian Percuma
  Counter
  Lokasi ANDA
  Maklumbalas
  Penterjemah
  FIREWALL
  KeyPad Simbol
  MY Album
  Istilah Komputer
  Selected Link
  Tip Mudah
  Laman Web Utama
Aktifkan firewall Windows XP
3rd December 2001 (Utusan Malaysia - Megabait)

Privacy dan keselamatan

Bagi anda yang beralih daripada sistem operasi Windows 95, 98, atau Me, anda akan dihujani dengan pelbagai ciri keselamatan dan privacy baru dalam Windows XP. Sila ikuti tip-tip berikut untuk memanfaatkan sepenuhnya keupayaan alat-alat baru itu.

Perkasakan firewall

Microsoft telah memasang satu bentuk firewall dalam Windows XP untuk melindungi pengguna daripada penggodam komputer ketika anda melayari Internet.

Soalan pertama ialah bagaimana kita boleh mengetahui bahawa Internet Connection Firewall adalah aktif? Untuk itu, lakukan berikut:

Klik pada Start, kemudian klik Control Panel dan dwiklik pada ikon Network Connections. Dalam dialog dial-up, DSL, atau cable connection yang dipaparkan, tandakan kolum Status.

Jika firewall anda aktif, ia akan memaparkan mesej Firewalled. Anda boleh mematikan firewall dengan membuang tanda check pada kotak berkaitan, tetapi jika anda tidak berhasrat memasang firewall lebih berkuasa daripada pembekal lain, lebih baik anda biarkan ciri firewall Windows XP terus aktif.

Dengan pengetahuan bahawa sistem firewall anda telah bersedia menangkis serangan dari luar, bagaimana kita boleh mempastikan ia berfungsi seperti mana yang sepatutnya?

Untuk tujuan itu, anda boleh mengujinya dengan ShieldsUp, satu perkhidmatan ujian percuma tajaan Gibson Research.

Berdasarkan beberapa ujian bebas, Internet Connection Firewall Windows XP mampu mengekalkan komputer dalam mod terlindung sepenuhnya (full stealth).

Penggodam tidak dapat memecah masuk, malah mereka tidak mampu mencari dan melihat kewujudan komputer ketika dalam talian.

Awasi cookies anda

Dalam XP, folder Documents and Settings mengandungi semua maklumat pengguna, termasuk setting konfigurasi, kegemaran (favourites), dan cookies. Folder Documents and Settings\Username\ Cookies merupakan di mana XP menyimpan semua cookies.

Bagaimana anda boleh mengawal jumlah cookies yang akan disimpan di dalam sistem komputer anda? Caranya ialah seperti berikut:

Klik Start, diikuti klik pada Control Panel, kemudian klik Network and Internet Connections, dan selepas itu pilihlah Internet Options.

Klik pada Privacy, kemudian gunakan slider bar untuk mengubah suai setting cookies anda.

Contohnya, anda boleh menyekat cookies daripada tapak-tapak yang menggunakan pengenalan peribadi tanpa kebenaran anda. Untuk meningkatkan keselamatan anda, cuba aktifkan setting privacy lain dalam dialog.

Tahap paling rendah ialah Accept All Cookies manakala paling tinggi ialah Block All Cookies, dengan opsyen low, medium, medium-high, dan high settings. (Penjelasan opsyen-opsyen itu akan muncul ketika anda beralih dari satu setting ke setting lain). Sayugia diingatkan bahawa keengganan menerima cookies akan mengehadkan aktiviti anda pada sesetengah tapak-tapak Web.

Walaupun alat-alat keselamatan tersebut membantu mempastikan maklumat tersimpan adalah selamat daripada pengguna nakal dan berniat jahat ketika anda melayari Internet, Windows XP juga dilengkapi dengan alat-alat tambahan bagi pengguna yang mahu berkongsi komputer.

Today, there have been 22619 visitors (37120 hits) on this page!
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=